JENIS KULIT MUKA
Hai korang, harini ikin nak share cara nak kenal jenis kulit
kita. Dulu sebelum jadi Beauty Consultant serius Ikin tak pandai bab ni. beli
produk ikut trend semasa. Dari drug store product sampai ke local product.
Siapa masih macam ni???? Baik ngaku..
Please la zaman dah canggih macam-macam cara ada kalau kita
nak kenal jenis kulit.
Paling simple la kita boleh tengok ciri2 yang ikin liskan
dekat bawah ni. Korang refer ni je ok.. Ikin bagi sekali bonus TIPS untuk
setiap jenis kulit.
1. Kulit Kering
Ciri-cirinya:Pori-pori kecil; Kulit terlihat kusam
dan kasar; Terdapat bercak merah; Mudah menimbul garisan halus pada kulit
Tips Kecantikan:Mengekalkan kelembapan kulit dan
pakai krim yang sesuai.
2. Kulit Berminyak
Ciri-cirinya:Pori-pori besar; Kulit tebal dan
berkilat; Terdapat komedo, bintik-bintik, dan jerawat
Tips Kecantikan:Guna pembersih muka yang lembut dan
pilih produk yang bebas minyak dan berlabel “non-komedogenik.
3. Kulit Normal
Ciri-cirinya:Kulit kelihatan sihat dengan tekstur
yang licin; Mengandungi keseimbangan minyak dan lembapan; Jarang terdapat
kecacatan pada wajah.
Tips Kecantikan:Menggunakan pelembap yang mengandung
minyak alami
4. Kulit Kombinasi
Ciri-cirinya:Kelihatan berminyak di beberapa
kawasan biasanya pada bahagian T-zone (dahi, hidung, dagu) dan kering di
bahagian yang lain; Pori-pori melebar di kawasan T-zone
Tips Kecantikan:Gunakan produk perawatan kulit yang
berbeza pada kawasan kulit wajah yang bermasalah.
5. Kulit Sensitif
Ciri-cirinya:Kulit mudah untuk terasa gatal; Kulit
mudah membengkak; Rasa terbakar, pedih dan iritasi; Kulit menjadi kering
Tips Kecantikan:Guna produk yang berasaskan bahan semula jadi.
So korang boleh la refer semua ciri-ciri kulit ni tau.
Ingat pemilihan CLEANSER muka & MOISTURIZER muka yang
sesuai untuk KULIT WAJAH kita... MESTI ikut JENIS KULIT WAJAH & USIA kita..
Kulit saya jenis NORMAL to DRY.. ANDA?
FREE CONSULTATION!
Love Ur Skin
💗
❤
Ikin Azaluddin
☎️ 014-2276169
http://www.wasap.my/60142276169
Mary Kay Ind. Beauty Consultant
#StayAtHome #StaySafe #LoveYourSkin #BeautySkinGoal #MaryKayMalaysia

Comments
Post a Comment